RUKUN TETANGGA


Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep ini hampir sama dengan  Neighbourhood watch seperti yang diamalkan di United Kingdom.


Di Malaysia, Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1975 yang pada asalnya adalah untuk menjamin kehidupan penduduk setempat. Sejurus selepas itu satu Akta telah dikeluarkan yang dikenali Peraturan Rukun Tetangga 1976 (P.U.(A) 279/75) telah diluluskan bagi memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertububuhan tersebut.


 

Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.

Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.